Sunday, 27 September 2015

Penang FA benam juara bertahan Pahang FA 4-1

GEORGE TOWN: Pulau Pinang melepaskan kekecewaaan setelah benam ditangan PKNS FC dalam Piala Malaysia Kumpulan D dengan jayanya selepas mengejutkan juara bertahan Pahang 4-1 di Stadium Bandaraya .

Dua gol dari Failee Ghazli (minit ke 38' , 47') dan dua gol dalam 10 minit terakhir oleh Azinee Taib (81') dan pemain gantian, Alberto Goncalves (84') menyalakan harapan Pulau Pinang berada dalam kelompok dua teratas dibelakang Pahang FA .

Pulau Pinang mencatatkan 1 menang , 1 seri dan 1 kalah dalam kempen Piala Malaysia dengan kutipan 4 mata keseluruhannnya.

Gol Pertama dihasilkan oleh pemain Pulau Pinang , Mohd Failee Ghazli pada minit ke-38 menerusi hantaran jauh daripada pemain tengah Pulau Pinang , Mohd Azrul Ahmad .

Namun , Kegembiraan Skuad Harimau Kumbang tidak berkekal lama apabila Pemain Import Pahang , Dickson Nwakaeme menanduk bola hasil sepakkan lintang oleh Zesh Rahman . Kedudukan terikat 1-1 pada babak yang pertama .

Pada Babak kedua , Pulau Pinang mula bermain secara Attacking . Usaha bertali arus yang dilakukan pemain Pulau Pinang membuahkan hasil apabila Mohd Failee Ghazli sekali lagi menjaringkan gol dengan menanduk bola hasil sepakan percuma yang diambil oleh pemain kelahiran Korea Selatan , Lee Gil Hoon pada minit ke-47 .

Pemain pertahanan import Pahang FA , Damian Stewart bernasib baik apabila dilayangkan kad kuning setelah mengasari pemain import Pulau Pinang dengan terjahan yang kuat.

Kesilapan daripada pemain import pertahanan Pahang FA , Zesh Rahman yang menghantar bola kepada Mohd Saiful Nizam membuahkan hasil apabila bola tersebut dapat disambar dengan laju oleh pemain Pulau Pinang , Azinee Taib . Kedudukan terikat 3-1 .

Gol Keempat dihasilkan menerusi tandukan oleh pemain kelahiran Brazil , Beto hasil sepakan lintang merbahaya oleh Captain pasukan , Along ( Mohd Rafiuddin Roddin ) . Dianggarkan seramai 13000 penonton menhadiri perlawanan tersebut pulang dengan kegembiraan kerana pasukan dari Liga Perdana membelasah Juara Bertahan Piala Malaysia .







Failee Wira Panthers

27/09/2015 

Diperam sekian lama, secara tiba-tiba Mohd. Failee Mohd. Ghazli, diberi peluang beraksi dalam kesebelasan utama menentang Pahang di Stadium Bandaraya.

Tiada siapa meletakkan harapan terlalu tinggi buat Failee membuat sesuatu apatah lagi menjaring sebarang gol kerana bertemu skuad Tok Gajah yang merupakan pasukan pilihan.

Seperti kisah dongeng, Failee yang pernah beraksi dengan Perak dan Sime Darby, mempersembahkan dirinya masih bernilai buat pasukan.

Benar-benar melepas geram kerana langsung tidak diberi sebarang ruang beraksi di Liga Perdana, Failee menjadi sanjungan penyokong Pulau Pinang bila meledak dua jaringan awal untuk membenam Pahang, 4-1.

Failee mengakui tidak percaya pada mulanya bila mengetahui dia disenaraikan oleh jurulatih, Jacksen F. Tiago  sebelum perlawanan dan kini, dia boleh tersenyum puas.

” Tidak tahu hendak kata apa, saya kehilangan idea hendak sampaikan perasaan ini sebaik tamat perlawanan.

” Dah dapat mulakan perlawanan pun saya rasa gembira, apatah lagi menjaringkan dua gol ketika bertemu Pahang, rasa macam mimpi.

” Sekian lama saya tunggu saat ini, barulah jurulatih beri peluang kepada saya buktikan kemampuan dan harap apa dipamerkan dapat jadi batu loncatan mengenai masa depan saya bersama Pulau Pinang,” katanya.

Failee menjaringkan dua gol pada minit ke-38 dan 47 disusuli Mohd. Azinee Taib, minit ke-81 dan Alberto Goncalves Da Costa,minit ke-84.

Gol saguhati Pahang dicetak Dickson Nwakaeme pada minit ke-41 yang  menyaksikan juara bertahan Piala Malaysia itu bagaikan tiada jawapan menangkis aksi hebat skuad Harimau Kumbang.

Sepanjang musim ini,Failee hanya diberi peluang bermain dalam pasukan Piala Presiden dan jarang berada dalam senarai 18 pemain.

Selain Failee, persembahan penjaga gol, Mohd. Remezey Che Ros tidak kurang hebatnya bila menyelamatkan kira- kira tiga percubaan berbahaya daripada Dickson Nwakaeme.

Dickson juga kerap kali dirantai kemas oleh pemain muda, Mohd. Redzuan Suhaidi sepanjang 90 minit permainan.

Tiga mata berharga itu kembali membuka ruang buat Pulau Pinang mengintai tempat ke suku akhir Piala Malaysia.

“Harap kami dapat terus konsisten dalam tiga perlawanan terakhir tambahan kami kena bertandang dua kali ke tempat lawan.

” Motivasi kami semua jelas meningkat selepas perlawanan dan kami percaya boleh menewaskan sesiapa sahaja jika bermain seperti ini,” kata Failee.

Friday, 25 September 2015

Ketidakpuashatian Presiden Kelantan terhadap FAM

Keluhan Rasa Ketidakpuashatian Terhadap FAMB

Tan Sri Annuar Musa menyatakan bahawa beliau melahirkan dukacita dan kesal terhadap sikap FAM. Semasa beliau menghubungi pembahagian kutipan Piala FA . Hadiah FA cup bukan sahaja tidak bertambah , malah semakin berkurangan , Dari 3 juta kutipan tiket ( belum termasuk kutipan tajaan/tv right dll ) Kelantan hanya mendapat Rm 600 ribu . Kelantan membantu menjual 90 peratus tiket hanya dapat sejumlah selepas semua pihak lain dapat bahagian mereka . Fam sendiri awalnya KEDAQAH Rm1 juta atas nama Levi dll . Yang lebih mendukacitakan SPORE diberikan jumlah yang besar sedangkan dlm MOU FAM-FAS , team spore sebagai team jemputan TIDAK SEPATUTNYA MENERIMA PRIZE MONEY kecuali token sahaja , Bagi Kelantan setiap kali final beratus ribu terpaksa dibelanjakan manakala SPORE tidak berbuat apa-apa untuk menjayakan FINAL . Tan Sri Annuar Musa berkata lagi , isu utama FAM ialah kenapa FAM memperkudakan Ahli Gabungan Sendiri ?? Kenapa FAM buat formula agihan tanpa persetujuan STAKE HOLDER?? Kenapa FAM tidak telus dalam kira-kira mereka ? Apakah kerana FAM kebal dan sudah menjadi budaya KetidakPedulian pada Gabungan Sendiri ?? Dengan segala Kejengkelan dalam FAM , Mereka masih Bertebal muka untuk duduk dan terus MENGHANCURKAN BOLA SEPAK MALAYSIA !!

Tuesday, 22 September 2015

Along Harap Tuah Perkahwinan

11/09/2015
Masih segar dengan perkahwinan dilangsungkan pada penghujung bulan lalu, ketua pasukan Pulau Pinang, Mohd. Rafiuddin Roddin, berharap kejayaan ke atas PKNS pada Sabtu akan jadi hadiah terbaik buat dirinya.

Yakin mereka ada kemampuan mendapat tiga mata berdepan skuad The Red Ants, Rafiuddin yang baharu menggalas tugas kapten melihat kejayaan ke Liga Super musim depan menjadi motivasi terbaik untuk melakar sesuatu di Piala Malaysia.

Tidak pandang rendah cabaran pasukan yang dikendali E.Elavarasan itu, Rafiuddin atau lebih mesra disapa Along mahu permulaan Pulau Pinang lakukan permulaan sempurna pada saingan Kumpulan D.

” Bila saingan Piala Malaysia membuka tirai, memang ada rasa satu kelainan kerana saya kini sudah bergelar suami.

” Ini pasti beri saya satu semangat yang berlainan apabila turun dalam aksi pertama dengan PKNS.

“Tiada apa yang lebih bermakna dengan meraih kemenangan bila bertemu PKNS dan memberi kegembiraan kepada peminat Pulau Pinang,” katanya.

Pada musim lalu, Pulau Pinang sekadar mengakhiri saingan di tangga terakhir kumpulan di belakang JDT, Kelantan dan ATM.

Justeru, dia mahu mereka mampu melepasi saingan peringkat kumpulan atau sekurang-kurangnya ke suku akhir.

” Tahun lepas memang undian sukar kerana berada dalam kumpulan maut dan hanya kami sahaja dari Liga Perdana.

” Namun nampak kami ada peluang untuk musim ini dan optimis mampu menempatkan diri di tempat kedua kumpulan.

“Peluang tampak terbuka kerana bertemu PDRM dan PKNS, kami ada kemampuan meraih tiga mata jika manfaatkan aksi di tempat sendiri,” katanya.

Mafry Mungkin Kembali

SmartSelectImage_2015-09-17-14-11-56-1

Setelah lompong di bahagian pertahanan bertemu PKNS dan tewas 0-3 , Pulau Pinang mendapat perkhabaran baik apabila orang besi, Mafry Balang sedia diturunkan pada aksi dengan PDRM, Sabtu ini.

Hampir pulih daripada kecederaan, Jacksen F.Tiago amat menagih khidmat Mafry yang pasti memberi kestabilan di bahagian pertahanan untuk bergandingan  bersama Reinaldo Lobo.

Tegas Jacksen, dia akan memantau secara dekat perkembangan bekas pemain Sarawak itu sebelum membuat keputusan sama ada menurunkan Mafry atau pemain lain seperti Yong Kuong Yong.

“Ketiadaan Mafry memang beri kesan terhadap persembahan pasukan di posisi pertahanan walaupun saya tidak nafikan penggantinya, Mat Saiful Mohamad berusaha keras mainkan peranan.

” Nampak Mafry boleh diturunkan cuma belum 100 peratus dan saya tetap tengok kemungkinan lain kerana Yong juga boleh beraksi di bahagian pertahanan, ” katanya.

Selain itu, dia mengesahkan Sani Anuar Kamsani tidak dapat beraksi bertemu PDRM di Stadium Shah Alam, situasi yang pasti membuka ruang kepada Khairul Amri beraksi sekali lagi.

Namun, Jacksen tidak terlalu awal menidakkan peluang Mohd. Remezey Che Rose yang turut mengintai peluang selaku penjaga gol nombor satu.

” Sani belum cergas sepenuhnya untuk bermain, jadi saya kena buat keputusan sama ada Khairul atau Remezey.

” Selepas memantau sesi latihan, baharu saya akan berbincang dengan rakan setugas untuk menentukan siapa yang terbaik.

“Jangan nafikan peluang Remezey walaupun sudah lama tidak beraksi kerana nampak dia semakin ada perubahan pada sesi latihan,” katanya.

Pulau Pinang perlu cuba mencuri satu mata di Shah Alam jika mahu terus  menghidupkan peluang mara ke suku akhir Piala Malaysia.

Azinee Pemain Luar Biasa

21/09/2015
Jika ada seorang pemain yang boleh beri banyak perbezaan kepada pasukan, gelaran itu layak diberikan kepada Mohd. Azinee Taib.

Tegas jurulatih Pulau Pinang, Jacksen F.Tiago, bekas pemain JDT II itu layak, mendapat pujian selepas pamer persembahan hebat menentang PDRM dan beberapa  aksi terakhir Liga Perdana.

” Apa lagi saya boleh perkatakan mengenai Azinee, dia memang pemain yang boleh melakukan sesuatu di luar jangkaan.

” Saya memang tidak terkejut dengan apa dia pamerkan ketika menentang PDRM, dia memang ada kualiti semasa mengawal bola serta mengatasi pertahanan lawan.

” Jika ditanya mengapa pasukan Pulau Pinang berjaya di saat akhir naik ke Liga Super musim depan, ia kerana Azinee salah satu puncanya,” katanya.

Azinee pamer aksi memukau bila meledak dua daripada tiga jaringan Pulau Pinang dengan gol terakhir terhasil menerusi gerakan solo yang menarik.

Memperdaya tiga pemain melalui larian pantas, dia menggelecek penjaga gol PDRM, Saiful Amar Sudar pada minit ke 80.

Sementara itu, Jacksen melaungkan keyakinan Pulau Pinang sudah berada di gear terbaik berdepan juara bertahan, Pahang.

Dapat melupakan kekalahan pahit 0-3 di tangan PKNS pada aksi pembukaan, satu mata yang dipungut itu menjadi penyala semangat buat Pulau Pinang memburu tiket ke suku akhir.

” Ramai merasakan kami akan kalah kepada PDRM bila tumbang 0-3 pada aksi sulung namun buktikan sebaliknya bila serlahkan karakter berbeza.

” Biarpun sedikit kecewa kerana gagal mendapat kemenangan, pemain sudah dapat rentak yang saya mahukan.

” Mungkin kami akan lakar satu keputusan positif bila bertemu Pahang di laman sendiri, ” katanya.